Thursday, January 9, 2014

Being a woman.

Assalamualaikum and hello there my dear reader if I have any. Kehkeh. Apa kabar semua? Sihat tak ni? Saya sihat je alhamdulillah. Hihihihi. Saya harap pembaca2 blog saya pun sihat2 belaka. Kahkah.

So I've been thinking about myself lately. What I mean was, I'm a girl, a woman, a future wife and mum (lambat lagi k. Jgn risau) and most importantly, a true muslimah. So, I've been thinking about what does being a woman feels like? What a woman usually feels, react, and whatsoever. So, here are some of my observation. 

As a woman, you have to take care of yourself extra more careful than a man. This is because, wanita ni terlalu banyak batasannya dalam hidup. A woman need to lower her gaze most of the time. Maybe it sound like so mengongkong, but trust me. It is not. It is for your own good jugak. At least your maruah terjaga. Maruah sesebuah keluarga selalunya terletak pada bahu seorang wanita. And of course la the parents but if their daughter buat perangai, maruah keluarga pasti tercalar kan? Unlike a man, people don't really care what they do. They can survive in any condition. Boleh jaga diri. But woman, kami ni rapuh sikit. Walaupun ada sesetengah perempuan di luar sana cakap yg they can live without a man, they're wrong. Mesti sampai satu masa, they will say to themselves that they do need a man. A man need a woman too obviously. Hihihihi....

A woman need a man because fitrahnya mmg begitu. Cuba bayangkan hidup tanpa lelaki. Mesti sunyi. Takde orang nk berborak, bergosip, jadi tempat meluahkan perasaan, tempat nk bermanja, jadi bantal wanita. Lelaki yang saya maksudkam adalah suami dan ayah k. Bukan boypren. Boypren tu belum tentu lagi jodoh awak. From my knowledge reading some novel (obviously novel cinta) apabila seorang lelaki tu berjaya, di belakangnya mesti ada seorang wanita yang hebat. Hebat yang dimaksudkan is a wife yang senantiasa menyokong suaminya dan membantu suaminya dalam kesusahan. Ye la. Just imagine, if no one give you support if you want to do something, bolehkah kita berjaya? Kalau tiada kasih sayang yang dicurahkan, boleh berjaya? Kalau kejayaan diraih dgn perasaan benci, can we succeed? Tak kan? Mungkin boleh la but you will definately feels there's a hole in your life. Rasa macam hidup ni masih tak lengkap. Kalau awak ada harta sebanyak mana sekalipun, kalau xde a wife that truly loves you, hidup tak bermakna. 

Once a woman dah serahkan hatinya to a man, which mean she's going to marry a man, it means that she is giving you her entire life to the man. Her purpose in life now is not about her ownself anymore. It is now about her new family. Things about herself dah tolak tepi. Kebahagian diri dia is nothing. Kebahagian orang sekelilingnya lebih penting. Andai org sekeliling dia gembira tapi dia terluka, she doesn't care. Biar le luka tu dia simpan dalam. 

Dia akan pastikan segala kelengkapan suami terjaga. Dia akan bersolek and dressup if that is what her husband want though she hates those kind of thing. As long as her husband loves her. That is all that matter. Unless, suami suruh buat perkara yang melanggar syariat Islam. Itu gila namanya. But I'm sure there's some woman out there yang still ikut walaupun dia tau benda tu salah. Ye la. Hati perempuan ni fragile. Kerana kasihan dan kasihnya, dia buat aja. But eventually, dia yang menyesal.  

Next, bila dh bergelar isteri, the next titles surely as a mum. Once a woman jadi ibu, her entire life changes again. Daripada only about her husband, sekarang dh bertukar. Her husband is still the first person that she needs to take care of. Tapi sekarang dh bertambah ahli, her children pulak. Kalau dulu she only thinks about what her husband want, now she need to think about apa yang suami dan anak2 nak. Apa yg anak nak, diikutkan. She's willing to sacrifics her entire life just for the happiness of the person she love. Her happiness lies on the happiness of the person she love. Terluka, itu perkara biasa. They will only kept it deep inside her heart, where nobody can see it. Hiding the pain is now a skill for her.

A woman love is truly amazing. I'm proud to be a woman. Man may have the love but it is difference from a woman love. A woman is someone who express her feeling physically, verbally, emotionly and spiritually while man usually don't really express their love verbally but the show it through action. That is what make a woman unique and great. Once a woman love you, she will always love you, through thick and thin. Only bitches dump a man's love easily, unless the man is a bitch too ;) 



Friday, January 3, 2014

Diri ini

Aku hanyalah hamba-Nya
Hamba-Nya yang tidak sempurna
Hamba-Nya yang tidak pernah lekang daripada melakukan kesalahan
Yang senantiasa ada sesuatu yang hilang dari hidupnya.

Aku bersyukur
Penciptaku masih memberikanku kesempatan
Untuk mengakui kesilapan, bertaubat pada-Nya
Walaupun diri ini sering melakukan khilaf yang sama.

Andai sudah tiba masanya
Untuk aku meninggalkan dunia ini
Untuk bertemu Pencipta yang Abadi
Aku redha
Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui.

Andai aku masih diberikan kesempatan,
Untuk merasai kenikmatan sebuah perkahwinan,
Aku memohon
Agar dipertemukan dengan seorang lelaki
Untuk membimbingku ke jalan yang diredhai oleh-Mu.

Diri ini tidak sempurna
Jadi pertemukanlah aku Ya Allah
Dengan lelaki yang dapat menyempurnakan hidupku
Dan kami saling melengkapi kehidupan di dunia
Agar di akhirat kelak
Kami akan merasai nikmat syurga nan indah
Bersama

Tidak banyak yang aku pinta
Dalam diri bakal imamku
Cukuplah dapat membimbing keluarganya
Ke jalan yang diredhai Allah
Cukuplah dapat menjadi Imam solat
Mengingatkan kami melakukan kebaikan 
Dan menghindari diri ini dari melakukan maksiat.
Cukuplah dapat menjadi bapa kepada anak-anakku
Yakni bakal2 khalifah bumi
Untuk menjadi anak-anak yang soleh
Dan hamba-Nya yang bertaqwa

Andai engkau sedang membaca luahan hati ini
Ketahuilah sesungguhnya diri ini tidak sempurna
Aku sedar engkau juga bukanlah insan yang sempurna
Aku akan cuba sedaya upaya ku
Untuk membantu engkau
Membina sebuah keluarga yang sakinah
Agar di akhirat kelak
Kita dapat mengecapi kenikmatan surga
Yang telah Allah janjikan
Buat hamba-Nya yang bertaqwa.

Akan ku cuba sedaya upayaku
Untuk menjadi isteri yang solehah
Ibu yang akan menyayangi anak-anakmu
Dengan sepenuh hatiku

Akanku berikan didikan Islam yang sebenar
Untuk menjadi bekalan
Buat diri kita
Di Alam Barzakh seperti dijanjikan Allah.

Ketahuilah bakal Imamku
Aku akan menyayangi dirimu
Sepertimana aku menyayangi Allah dan Rasul-Nya
Serta kedua-dua ibu bapaku

Aku akan menjadi isteri yang setia
Menanti dirimu andai kau terpaksa meninggalku
Untuk satu tempoh masa yang lama.

Itulah serba sedikit janjiku.
Andai aku berdusta
Allah lebih mengetahui.