sekadar suka2 :)
Tidak pernah ku rasakan sebegini. Perasaannya tidak bisa ku gambarkan dengan kata-kata. Semuanya rasa serba tak kena. Pusing kanan, terngiang-ngiang suaranya yang serak-serak ditelingaku. Pusing kiri, terbayang pula wajahnya yang bisa meruntun hati sesiapa saja yang melihatnya.
Ya Allah, adakah aku telah jatuh cinta? Malam itu juga aku menunaikan solat istikharah. Memohon petunjuk dari-Nya. Sejujurnya, Aku takut. Aku takut perasaan ini akan membinasakanku. Perasaan ini akan membuatku leka dari mengingati-Nya. Ya Allah, lupakanlah aku padanya. Dia tak sepadan denganku. Aku cuma pekerjanya. Manakala dia adalah majikanku. Aku dan dia seperti langit dan bumi. Walaupun dia memerlukan aku, tetapi hanya sebagai setiausahanya.
“Kenapa dengan aku ni?!”
Hatiku berbunga taktala diriku berdampingan dengannya. Duduk dihadapanya. Menatap wajahnya yang terpancar kelembutan dan keayuannya. Mendengar setiap bibit2 kata yang keluar dari bibirnya. Tapi, adakah dia merasakan perasaan yang sama sepertiku?!
Selama tiga tahun aku bekerja disini, selama itulah aku mencintainya dalam diam. Semakin hari, perasaan yang timbul itu semakin subur dalam hatinya. Dia tahu setiap gerak gerinya. Apa yang disukainya dan apa yang dibencinya. Tapi, apakan daya. Cintaku hanya bertepuk sebelah tangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Ermmm..... siapa awak?” tanyaku.
” Saya Mira Damia. setiausaha baru encik. Encik boleh panggil saya Mira. Mulai hari ini, saya adalah orang yang bertanggungjawab membantu tuan.” Balas wanita yang berusia sebaya dengannya. Wanita itu kemudian menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat. Tutur katanya disusun dengan berhemah. Dia melembutkan suaranya. Takut dilabelkan sebagai kurang ajar.
Mira mengukirkan senyuman. Mereka kemudian saling berpandangan. Elias hanya memandangnya sekilas sahaja. Nampaknya, apa yang berada di skrin komputer lebih menarik. 3 minit berlalu tapi Elias masih lagi menatap komputernya tanpa menghiraukan kelibat Mira yang masih berdiri di hadapannya.
kaki Mira sudah lenguh menunggu bosnya itu untuk berkata sesuatu. berbekalkan pen yang berada ditangannya itu, dia mengetuk meja Elias. Elias yang tidak menyedari Mira masih lagi berdiri di depannya, merasa malu. dia kemudian berdiri dan menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan mereka. "eh, sorry. saya terleka sekejap.... Saya Elias, bos awak. Saya harap awak dapat membantu saya."
Mira mengangguk. “Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu Encik. Sebelum saya beredar, ada apa-apa yang Tuan perlukan?" tanya Mira. Dia cuba menjadi peramah. Dia tidak mahu dilabelkan sombong atau pemalas
“Just make a cup of tea for me." Dia tidak memandang Mira. Mira kemudian keluar dari biliknya.
"sombongnya bos aku ni. Langsung tak pandang muka. berlagak. Nasib baiklah kau bos aku. Kalau tak, dah lama aku marah kau tau" getus hati kecilnya. Apa yang berlaku sebentar tadi tidak boleh diterimanya. 10 minit kemudian, Mira datang membawakan secawan teh untuknya.
Dia meletakkan cawan itu di atas mejanya. "Tuan, ni teh yang Tuan minta tadi." Sengaja dia melembutkan suaranya. Dia cuba untuk menarik perhatinan bosnya itu. tapi, segalanya nampak sia-sia sahaja. Bosnya masih lagi leka menghadap komputernya itu.
"Terima kasih Mira. Just put it there. By the way, thanks for making me the tea." balas Elias pendek. dia perlu menyiapkan projek itu secepat mungkin. Daripada membuang masa 'berkenalan' dengan setiasausaha barunya, lebih baik dia menyiapkan tugasannya itu. Nanti-nanti mereka boleh berkenalan.
“Sama-sama Tuan. Ada apa2 yang tuan perlukan?” tanya Mira kepada bosnya yang masih lagi leka menatap komputernya itu. Dia langsung tidak menghiraukan kehadirannya di situ
“You can go now. If i need anything, i'll call you later ok.” malas dia mahu berborak lama-lama. Tiada faedahnyan pon.
“Kalau macam tu, saya keluar dulu. Assalamualaikum....” Salam Mira dijawab oleh Elias. Sebaik sahaja hilang kelibat Lisa, tekak Elias berasa dahaga. Dia kemudian mengapaicawan yang berada dihadapannya dan meneguk air yang berada di dalam cawan itu. Teh yang dibancuh oleh Mira berbeza. Rasanya sangat sedap........
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment