Sunday, May 29, 2011

Dua Dunia (part two)

Mira masih lagi baru disitu. Dia masih belum dapat menyesuaikan diri. Pelbagai kerja dia perlu buat. Dari mencatit aktiviti harian bosnya hinggalah membuat air untuk Elias. Semuanya dia kene buat.....


Telefon di atas mejanya berdering. Ni mesti dia. " Mira, masuk bilik saya sekarang. I have something to tell you." Apa yang dikatakan Mira sememangnya benar. Tapi mengapa dia memanggil aku? Mira hairan. Selama ini, Elias tak pernah panggilnya. Kalau bukan Mira yang masuk ke biliknya, seharianlah mereka tidak akan bercakap.


Tanpa berlengah, Mira mencapai pen dan fail berwarna merah yang biasa dia gunakan. Kebetulan, Mira meminati warna merah. Katanya, merah melambangkan keberanian, kecekalan dan romantis. Jadi, dia terus membeli fail tersebut.


Mira melangkah perlahan. Hatinya berdegup kencang." aku ada buat salah ke?" Mira takut. Dia pernah lihat bagaimana Elias memarahi Lisa. Hanya sebab Lisa tersalah taip satu perkataan, teruk dia dimarahi. Lisa terus masuk ke bilik air selepas dimarahi. Kasihan Mira melihatnya. Dan sejak dari itu, dia mula berhati-hati untuk menaip apa yang disuruh oleh Elias.


'tuk tuk tuk" perlahan sahaja Mira mengetuk pintu bilik bosnya. Takut benar rasanya.


" Masuk." Elias menyuruh Mira duduk di hadapannya. Mira mengikut apa saja yang disuruh bosnya itu. seperti lembu kene cucuk hidung.


"Kenapa Tuan panggil saya?" Mira memulakan bicara.


"Ok. Saya nak awak rearrange schedule saya minggu ni. saya nak awak tundakan semua meeting saya minggu ni kepada minggu depan. I need to settle something important." Macam-macamlah bos aku ni.


"That's all?" tanya Mira.


Ketika Elias menoleh ke arah Mira untuk bercakap, Mira mendongakkan mukanya untuk memandang Elias. Tanpa diduga, mata mereka bertentangan seketika. Itulah pertama kali Elias menatap wajah Mira. Selama ini, dia mungkin pernah melihat muka Mira, tapi hanya sekilas pandang sahaja.


"Tuan? Tuan ok?" Mira cuba untuk menyedarkan bosnya itu. Bosnya itu tiba-tiba kaku. Mira sudah biasa memandang wajah Elias. Dia sudah muak menatap wajah dihadapannya itu.


Seakan-akan baru tersedar dari mimpi, Elias menggeleng-gelengkan kepalanya. "eh.... Sorry-sorry. Awak cakap apa tadi?" Elias betul-betul tidak mendengar apa yang diucapkan oleh Mira sebenar tadi. Dia benar-benar merasa seperti dibuai mimpi ketika memandang wajah Mira. Apa yang berlaku disekelilingnya seolah-olah lenyap seketika.


"Saya cakap, itu aje ke yang Tuan nak? You just want me to rearrange your schedule for this week? Is that's all?" Mira mengulangi pertanyaannya itu sekali lagi. Tapi kali ni, dia menguatkan suaranya seolah-oleh dia sedang bercakap dengan orang pekak.


Elias yang masih lagi berada di alamnya sendiri hanya mengngguk-anggukkan kepalanya. Tanpa menghiraukan Elias, Mira berlalu pergi. Sebelum dia beredar, dia memberi salam. tapi slamnya dibiar sepi. Da semenjak dari itu, Elias sentiasa mencari alasan untuk berjumpa dengan Mira.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


" Kenapa baru sekarang aku sedar yang aku mencintai kau? kenapa disaat aku bakal kehilangan kau, perasaan itu baru disemai dalam diriku? kenapa tidak masa mula-mula kau bekerja disini? mengapa ketika itu, aku tidak menghirauka kewujudan kau? kenapa baru sekarang?" Pelbagai persoalan berlegar-legar difikirannya.


Malam itu, Elias tidak bisa melelapkan matanya. Setiap kali matanya cuba ditutup, wajah Mira sentiasa bermain dimindanya. Dia merasa begitu terseksa. Tidak pernah sekali dalam hidupnya, dia berasa amat terseksai.


"Mengapa kau meninggalkan aku? Apa yang telah ku lakukan sampai kau sanggup meninggalkanku sendirian? Tahukah kau, aku tak boleh hidup kalau aku lihat muka kau?" bertubi-tubi soalan timbul di benar fikirannya.


"Bodohnya aku!! Kalau betul aku cintakan dia, kenapa aku biarkan dia pergi begitu sahaja? Jika benar kau menyayangi dia, kau patut cari alasan untuk menghalang dia pergi......Tapi buat apa aku nak halang dia? Aku bukannya siapa2 dalam hidupnya." dia menyoal dirinya sendiri.


"Mungkin kau rasa meninggalkan aku adalah pilihan yang terbaik dalam hidup kau. Hidup aku bakal kehilangan serinya. gelak tawa kau tidak lagi menemani hidup aku. Senyuman yang kau ukirkan, akan aku rindui. Alunan suaramu tidak lagi menemani hariku. Yang tinggal hanya bayangan kau. Bayangan yang bakal menghantui aku. Yang bakal membuat hati aku sentiasa resah. Aku cinta padamu Mira..." Mahu saja dia meluahkan perasaannya itu kepada Mira, tapi dia merasakan itu adalah satu tindakan yang bodoh. Tidak mungkin Mira akan menerima cintanya setelah apa yang dia lakukan padanya selama ini. Tidak mungkin orang yang tidak mengendahkan kewujudannya, mencintai dia dalam diam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment