Monday, February 11, 2013

Politics

Politik di Malaysia adalah amat2 menjengkelkan. Hari2 tak kira la di kaca televisyen ke, di dada2 akhbar ke, there's no other issues related to politics melainkan menyalahkan parti pembangkang ataupun parti kerajaan.

Memang benar, kita digalakkan utk bersaing sesama sendiri tp persaingan itu, pastikan persaingan yg sihat. Apa itu persaingan sihat? Pada pandangan saya, persaingan sihat itu adalah satu jenis persaingan yg melibatkan atau menggunakan cara yg betul utk menjadi yang terbaik. Dan result dr persaingan itu, kita memperbaiki kelemahan yg berlaku sepanjang tempoh persaingan tersebut dan meningkatkan kualiti hidup kita.

Sebagai contoh, semasa kita masih di bangku sekolah ataupun menyambung pelajaran di peringkat yg lebih tinggi, kita akan diberikan ujian utk melihat di manakah tahap kemampuan kita, siapa dapat markah paling tinggi, siapa dapat markah paling rendah, siapa dapat kedudukan teratas dlm kelas dan seterusnya. Itu barulah dinamakan persaingan yang sihat. Mengapa? Kerana, persaingan itu timbul akibat perasaan iri hati dan malu melihat rakan2 seperjuangan memperolehi kejayaan yang lebih dari diri kita. Tetapi ingat! Adakah timbulnya isu memburuk-burukkan kawan lain kerana kejayaan yang diperoleh itu?Bahkan, perkara itu membuatkan diri kita lebih baik dari semalam. Kita cuba sedaya-upaya untuk memperbaiki kelemahan diri.

Lain pula dengan politik ini. Puak ini bertelingkah dengan puak ini. Masing-masing menyalahkan sesama sendiri. Kejayaan sesuatu puak itu menjadi isu. Memburuk-burukkan puak bertentangan berlaku. Pergaduhan, pertelingkahan wujud. Kebaikan yang dilakukan disalah-ertikan. Apa semua ini? Yang menanggung akibatnya kami, yang berada di bawah tampuk pimpinan mereka. Ada mereka fikiran penyelesaian bagi semua permasalahan ini secara muafakat? Masing-masing dgn ego sendiri. Semua merasakan diri mereka itu hebat walhal Allah itu lebih hebat dari segalanya. Memang benar, mereka mempunyai kuasa, diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin negara. Tetapi, janganlah disalahgunaan kuasa yang diberi.

Saya, sebagai salah seorang rakyat malaysia yang merasa muak dengan semua drama2 politik yang dipertontonkan di kaca televisyen mahupun di dada2 akhbar tempatan, memohon agar khalifah-khalifah yang terpilih agar bersatu hati dalam mentadbir negara ini. Hentikanlah menyalahkan orang lain. Sebaik-baiknya, kita cerminlah diri kita sendiri. Adakah kita sebaik-baik manusia yg diciptakan oleh Allah? Yang tidak pernah melakukan disa walau sekalipun? Dari mana parti politik sekalipun kita huni, ingatlah...... Semua manusia itu sama. Mengakui kesilapan diri itu lebih baik dari menyembunyikan dan menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri.

Bersatulah wahai manusia. Carilah satu kata sepakat andai apa yg diperkatakan tidak dipersetujui oleh semua pihak. Saya bukan lagi kanak-kanak kecil. Saya sudah boleh membezakan yang mana intan, yang mana permata. Yang boleh dipermainkan dgn mudah.

Kedua-dua pihak ada keburukan dan kebaikan tersendiri. Jadi, anda nilai sendiri.

Bersatu teguh, bercerai roboh....
I love Malaysia :)

No comments:

Post a Comment